Sarung Bantal Cantik [10 GAMBAR]

Sarung bantal boleh didapati di mana-mana pasaraya, pasar malam, pasar minggu atau secara online. Harga sudah tentu ada yang mahal dan murah bergantung kepada design, corak bantal, jenis kain, saiz bantal, jenis bantal samada kekabu atau benda lain yang digunakan, semua itu mempengaruhi harga. Nasihat saya untuk lebih jimat, belajar cara-cara buat sarung bantal dengan sesiapa saja yang berkemahiran dalam jahitan dan buat sendiri di rumah. Buat sarung bantal tidak sesukar buat atau jahit baju. Potongan dan jahitan sarung bantal ni sebenarnya cukup ringkas, cuma perlukan sedikit kemahiran dan kreativiti agar potongannya sepadan dengan saiz bantal dan nampak menarik. Siapa tahu suatu hari nanti boleh jadi pengeluar pelbagai jenis sarung bantal, didorong pula dengan minat yang mendalam. Boleh buat sarung bantal bayi, sarung bantal peluk, sarung bantal sofa dan macam-macam lagi boleh dihasilkan.

Walaupun rekaan sarung bantal yang cantik sekadar hiasan, tetapi sebenarnya ia juga ibarat suatu penampilan dan gaya hidup kita. Rekaan atau hiasan sarung bantal cantik dan menarik boleh memberi keselesaan mungkin dari segi emosi, secara jelasnya boleh menambah mood kita. Sebagai contoh, jika diberi pilihan 2 biji bantal yang mana satu daripadanya mempunyai corak dan warna yang menarik manakala satu lagi biasa sahaja, sudah tentu kita akan memilih bantal yang lebih cantik walaupun sebenarnya bantal jenis yang sama. Mungkin pada kaum lelaki soal pemilihan sarung bantal tidak dipandang serius tetapi untuk wanita pemilihan sangat perlu.

Antara blog yang sudi share toturial cara-cara jahit sarung bantal, atau buat sarung bantal sendiri dirumah. >> serihati-krafcraftbymood, dan haidahandmade

10 gambar bantal dengan design sarung bantal cantik














Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

  1. Yang rajin DIY boleh cuba design macam ni..sempoi juga ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

 

© 2013 Rohimah Design. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top