Hiasan Dapur Dengan Idea Rekaan Langsir Dapur yang pelbagai

Hiasan dapur sangat penting kerana disitulah tempat kita memasak dan juga tempat kita makan. Persekitaran dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih untuk keselesaan sepanjang kita berada di dapur. Antara hiasan dapur yang paling utama yang memain peranan dalam menentukan keselesaan ialah langsir dapur.

Hiasan langsir dapur bukanlah suatu perkara yang remeh, kerana ianya juga mencerminkan sikap dan cara hidup kita. Dengan rekaan dan hiasan langsir yang cantik, suasana ruangan dapur akan kelihatan lebih berseri dan meriah. Walaupun begitu, pemilihan jenis langsir dapur hendaklah bersesuaian dengan persekitaran atau suasana dapur, seperti warna dinding ruangan dapur dan juga keluasan dapur.



Warna Langsir Menentukan Keluasan Dapur

Sebenarnya pemilihan warna langsir sangat penting dan memain peranan dalam menentukan keluasan dapur, 'pada pandangan kita'. Contoh, langsir yang bewarna gelap dipasang pada tingkap ruangan dapur yang kecil. Sudah tentu ianya tidak sesuai, kerana pada ruangan yang kecil seharusnya dihiasi dengan warna-warna yang cerah dan terang supaya nampak lebih luas dan selesa. Begitu juga pada corak langsir, design langsir, ketebalan kain langsir, semuanya memain peranan masing-masing.

Buat pemilihan langsir dapur anda dengan teliti, dapatkan langsir yang sesuai dari segi warna, corak, rekaannya dan harga yang bersesuaian dengan kemampuan. Cadangan saya untuk lebih menjimatkan, belajar buat langsir sendiri atau jahit langsir sendiri. Sekarang cukup ramai anak muda yang mempunyai kemahiran dalam jahitan pakaian termasuk langsir. Ramai juga yang share di media-media sosial dan blog bagaimana cara-cara jahit langsir yang diterangkan secara tutorial dan mungkin juga dalam bentuk video.


Berikut saya kongsi sedikit gambar contoh rekaan langsir dapur dengan idea yang pelbagai, sedikit sebanyak boleh memberi semangat untuk kita dalam usaha menghiasi suasana ruangan dapur supaya nampak lebih meriah dan selesa.












Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

 

© 2013 Rohimah Design. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top